student diary

Monday, July 16, 2012

kejutan..uitm machang

Assalamualaikum

Entri sebelum ni kan ayu ada share pada semua yang ayu cuak sangat sebab result penerapan uitm dah nak keluar. Nak tahu tak? Actually memang dah keluar pun hari sabtu minggu lepas. Tapi lambat update sikit. Fuhhh…memang memeranjatkanlah. Tahu tak pagi pagi lagi nani dah mesej ayu suruh check result tu, then dengan gelabah macam orang mengigau dah ayu terus on laptop. Lepas dah masuk numbe ic semua keluar la result yang ayu tunggu tunggu selama ni.

Tahniah! Anda telah Berjaya ditawarkan ke UITM. Maklumat anda adalah seperti berikut:-

Nama : Siti Rohayu binti Baharudin
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (ekonomi)
Kampus : UiTM kampus Machang

Lepas baca the last sentence tu ayu terus meraung bagai giler satu rumah ayu jerit terlolong melalak terguling guling atas katil sampai letih ayu buat aksi. Adik yang masih mamai akibat bangun pagi terkejut tengok ayu. Machang kot !!!!!! mula mula blurrr sangat machang ni Terengganu ke Kelantan ekkk. Yela seingat ayu mase ayu form 1 ayu pegi Kelantan…tu pun ayu pegi pengkalan kubur yang tempat barang murah murah giler ollss dan sehinggalah sekarang ayu adalah orang yang jakun  pada Kelantan. Lepas tu cepat cepat ayu mengadu dekat mak abah adik beradik semua yang ayu dapat further study dekat Kelantan…macam biasa arr dorang hanya mampu gelakkan aku. Kecuali mak…mak sangat memahami ayu. Kadang kadang tengok macam mak pulak yang nak pegi belajar dekat Kelantan tu. Over tuuuu.

Bukan ayu tak suka Kelantan tu disebabkna pembangunannya yang agak tetttttt….tu kan. Eh itu bukan penyebab utama ye sebab ayu tak kisah sangat ada Bandar ke tak tempat tu. Sesiapa yang kenal ayu mesti tahu sangat penyakit homesick ayu ni. So bila dapat Kelantan memang tak lah ayu balik every week. Ada faham???? Tak faham pegi hentak kepala tu. Selain itu jugak, ayu ni jenis susah nak bergaul dengan orang sangat plussss ayu tak tahu sepatah haram bahasa Kelantan uollsss..hah ambik kau bahasa tau !!

Sekarang ni ayu teramatlah serabut kusut masai semua dah sebati dalam diri ayu. Kehidupan yang tak terurus akan menjelma lagi lepas ni. Tapi apa apa pun syukur sangat sebab diberi peluang dapat sambung belajar..bila fikir balik ada baiknya ayu tercampak dekat sana kan. Alah setakat 10 jam je naik bas dari Kelantan ke johor apalah sangat kannnnn. Bila totalkan ulang alik Kelantan johor johor Kelantan baru 20 jam. Kalau rasa tak sanggup kau naik je flight apa ada hal babe. Berapa minit je kot… baru rasa over the sea tu, sape tak nak kan. Aku nak.

Okay lah nak stop dah. Ayu ni kalau dibiarkan memang makin mengarut lah jadi blog ayu ni. tapi ayu harap harap orang Kelantan tak adalah ambush blog ni. Kang tak pasal pasal je orang Kelantan attack ayu. Semua orang nanti masuk kuliah aku pulak masuk wad icu hahahahaaa. Ok memang tak kelakar pun.

Kepada yang dapat tawaran ke uitm tu ayu ucapkan TAHNIAH ye. Yang tak Berjaya tu boleh buat rayuan lagi. And student machang silalah menyambut kedatangan ayu nanti. karpet merah pleaseeeee.


 gambar yang dicuri di google

No comments:

Post a Comment