student diary

Monday, May 21, 2012

tolonglah hargai



seringkali kau merendahkan ku
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa
selalu saja kau anggapku lemah
cuba kau lihat dirimu dahulu sebelum kau nilai ku dengan diriku
apa salahnya hargai diriku 
sebelum kau nilai siapa diriku


copy lirik lagu hargai aku by armada band. lagu ni hampir mencecah 2.5 million viewers dalam youtube. daripada situ dah boleh fikir betapa best dan hebatnya lagu tu. kenapa hebat??? bagus sangat ke lagu tu?
eh mestilah best...walaupun ayu bukan peminat armada band tapi lagu ni dah menyentuh perasaan ayu. kenapa ye?
banyak mesej yang cuba disampaikan melalui lagu ni and ayu rasa lagu ni adalah lagu pengajaran yang terbaik sekali. pergilah dengar.
pengajarannya ringkas je, hargailah orang yang berada di sekeliling kita. tak kira macam mana sekalipun orang tu hargailah dia. manusia ni kadang-kadang sombong bila dia dah berjaya, dah lebih sikit dari orang lain....ayat paling senang lupa daratan. kalau tak namanya manusia takkan macam tu kan..ego sentiasa lebih.

sebenarnya niat nak post benda lain, tapi sebab perasaan sedih yang menggugat kententeraman hati ayu malam ni  and terus dengar lagu hargai aku, tak semena mena post entri macam ni.


okaylah nak relaxkan fikiran

Saturday, May 19, 2012

Bio Oil

assalamualaikum


ok hari ni ayu nak review produk bio oil. sebelum ni memang dah teringat nak post entri pasal produk ni tapi selalu terlupa, and malam ni sebab tak ada buat apa-apa jadi ayu ambil keputusan untuk mengarang entri baru.
semua orang tahu bio oil ni memang product yang bagus, ayu dah lama beli product bio oil ni since last year and tiba-tiba tergerak hati untuk guna lepas ayu habis study dekat uitm. biasalah bila tinggal dekat rumah banyak masa lapangkan so punggahlah balik segala barang-barang lama ayu. apa yang ayu tahu bio oil ni membantu untuk menhilangkan parut yang lama, masalah kulit, jerawat and banyak lagi. kalau nak tahu google jela.
then,bila dah jumpa bio oil ni terus malam tu ayu guna, ayu cuci muka dulu and lepas tu ambil dalam 3 titik bio oil letak dekat tangan and sapu pada keseluruhan muka and urut sikit-sikit dekat muka. buat aktiviti macam ni setiap hari okay.
kalau guna bio oil ni kesannya nampak dalam masa 3 bulan, ramai yang cakap macam tu tapi bagi ayu kesan dari bio oil ni cepat jugak. ayu guna dah sebulan lebih and nampak tindakbalas yang baik terhadap kulit muka ayu.
nak tahu,masa belajar dulu kulit ayu memang tak sekata, jerawat tu memang confirm la ada kan dengan kulit berminyaknya lagi. macam-macam jugak produk guna tapi tak sesuai dengan kulit. bila tak sesuai plus stress memanjang time study hah mulalah timbul gunung ganang dekat muka dan menyebabkan kulit jadi tak sekata lagi. tak bestkan macam tu, tapi after ayu guna bio oil ni alhamdulillah kulit tak macam dulu lagi. memang sangat-sangat berlainan dengan yang dulu. kesan-kesan jerawat yang lama dah hilang. serta merta jatuh cinta dengan bio oil. sebelum ni rasa macam rugi giler beli bio oil ni, tapi sekarang nak beli sebotol lagilah sebab yang lama dah nak habis pun.
okay tu jela yang ayu nak promotekan....

Monday, May 14, 2012

BOYS GENERATION

Assalamualaikum

Okay blog ni dah berhabuk…baru terfikir nak terbitkan cerita tentang orang-orang baru yang hadir dalam keluarga Baharudin.

First of all, let me introduce my family….as you all know ayu ada 7 orang adik beradik and most of my elder brother and my sister already get married. Tapi yang masih tinggal hanya abang ke 3 ayu and adik bongsu ayu dan jugalah kakaknya yang super hot stuff ni hahaaa (mengada).

Tapi tak nak la cerita pasal kahwin tak kahwin ni kan, sebenarnya nak bercerita pasal anak-anak buah ayu yang semakin lama semakin bercambah bak cendawan yang tumbuh. Buat masa ni dah ada 5 orang and insyaallah dengarnya ada lagi yang bercambah.hhahaaa…coming soon lah katakan.

Okay we proceed ke our next topic, anak buah pertama ayu Muhamad Irfan Darwisyah Bin Mohd Shahrol. Mohd shahrol tu abang ke 2 ayu, memang trend zaman sekarang kan anak nama panjang-panjang ni. Anak buah pertama al-maklumlah amboi kemain excited teramatkan dan dalam usia yang amatlah muda bergelarlah ayu sebagai seorang mak cik….bukan mak tam..sekali lagi bukan mak tam. Irfan sekarang dah berumur 4 tahun, dah sekolah pun. Kegemaran dia pulak ultraman……semua spesis ultraman dia ingat. Ayu kadang-kadang rasa macam dungu gila sebab tak tahu.


Tadaaaa, nilah Irfan. Gambar masa birthday dia, tengok tu ultraman kauuuu.

Korang tau tak, hari tu tengok program seia sekata scha awal kan then feeling habis la nak lelaki se romantic awal tuh dengan adik ayu, then ada satu scene tu tunjuk gambar awal masa kecik-kecik dulu and at that time I was “hah awal ke ni, mcm kenal”. Then ecah buat muka suspen dia and she say that “ alamak muka awal time kecik mcm irfan la”…..and we laughing after that. Bunyi macam tak kelakar kan. its okay.



Next, our second generation mestilah budak gedik sedunia ni Mohd Hazim Bin Mohd Nuruddin Hurairah if im not mistaken the full name lah. Hazim ni memang banyak ceritanya sebab dari dia lahir my parent yang jaga dia sampai umur dia setahun..if tak silaplah. Hazim sangat dimanjai oleh parents dia and also dia punya nenek and atok….all the time skype dengan atok and nenek. Atok lah paling over sekali…….sampai ayu dengan my sis rasa macam terbuang dari family…hahahaa cemburu dengan budak kecik tu. Tapi cemburu pun still love him very much bcoz he make our life become more fun even I buat muka garang pun dia tak peduli.



inilah hazim....si comel yang manja dengan atok

Third generation hurmm Mohd Amirun Akmal Bin Mohd Shahril…panjang lagi nama. Betul-betul ikut trend sekarang. Okay actually akmal ni sebaya dengan Hazim, pada mulanya akmal sangatlah pemalu orangnya hahaaa sebab dia tak nak dekat sape-sape pun kecuali mama dan ayah dia. I tried my best to seduce him but dia memang tak pandang kot perempuan macam ayu…(melebih) eh yeke. Tapi baru-baru ni abang ayu balik rumah and akmal nampaknya bagi reaksi positif sekarang. Dah nak ayu dukung dia maybe sebab dah besar. Syukur Alhamdulillah.



si comel berbaju melayu dengan mama dia...time hari raya last year dekat johor. 



Mohd Irham Darwisyah our fourth generation in my family. Adik kepada irfan tadi yang ayu mula-mula cerita. Comel orangnya and suka senyum. Sangatlah baik dengan mak cik dia tapi seorang adik yang garang sebab suka marah abang suruh ketepi  bila atok dan nenek tengah skype dengan dorang. Tapi my experience dengan dia a bit kurang lah sebab abang jauh tinggal dekat sabah so rasanya baru beberapa kali je kot jumpa…once a year maybe. Comelkan.


Hah anak buah yang ke 5 ni baru je dilahirkan oleh kak munirah beberapa hari yang lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Baru berusia 12 hari….nama diberi Ahmad Arif Naufal Bin Ahmad Badzli. Panjang jugak nama ni. Sekarang mama arif ni tengah berpantang, arif pulak tak banyak kerenah sebab dia tak pandai nak main atau buat apae-ape lagi. So senang lah nak handle.



inilah Arif junior....mata dia seriously sangat besar.



Habissss…coming soon punya nanti ayu buat untuk next entri ayu. Okay sekarang dah boleh tengok Korean drama..bye.
yuhuuu