student diary

Wednesday, July 18, 2012

cara nak lupakan seseorang

assalamualaikum

Minggu ni sekali 3 entri ayu bagi kan, kalau ada yang perasaan dan tengok blog ni la. Hah ada ke ayu?? Tak ada maknanya kan. kau buat cerita then kau jugak yang baca sendiri lepas tu ketawa sorang sorang. Tapi ayu tak kisah pun pasal follower banyak ke sikit sebab ayu buat blog ni pun atas sebab suka suka, and yang penting nak jadikan blog ni macam diari ayu sendiri. Nanti manalah tahu suatu hari nanti anak cucu ayu boleh baca balik blog nenek dia ni…hah kan ke elok. So, kepada blogger2 di luar sana yang kemaruk sgt create blog semata kerana nak dapat follower yg ramai tu hentikan jela. Bukan ayu nak dengki, Cuma kita biarlah jadi diri sendiri. Ada faham?? Ingat senang ke nak jadi mcm hanis zalikha, fatin liyana, cik epal, hizami rahim dan blogger2 terkemuka yang lain. Hang ingat senang ka?? Dorang pun bermula dari sukasuka je berblog ni. dah sampai rezeki dorang tu yang femes. Kesimpulannya korang buat la sendiri. Malas aku nak taip panjang panjang.

Eh aku dah banyak menyimpang ni, kenapa aku beremosi sangat tadi?? Makin lama makin susah ayu nak control diri. Gini ayu nak share sikit ni tentang cara mudah untuk kita lupakan seseorang. Ini hanya pendapat ayu dan pengalaman yang sebelum ni pernah ayu lalui. Mesti ramai yang ada pengalaman putus cinta, putus kawan, putus tali persaudaraan….eh yang ni salah di sisi undang2 keluarga. Kalau ikut cara ayu perkara pertama yang ayu buat adalah dengan cara delete everything about him or her. Delete tu maksudnya bukan kau buang semua gambar atau mesej dia bagi tu je. Kau kena buang semua ingatan kau pada dia serta merta. Tak dapat serta merta pun sikit2 jadilah. Bukan nak berlaku kejam, tapi dgn cara ni je boleh lupakan dia dan buat kehidupan baru. Tapi ayu tahu bukan senang, kau kena percaya pada diri kau bahawa akan ada yang lebih baik menanti lepas ni. kita tak tahu future kita akan datang nanti macam manakan. So buang mind set kau yang suka sangat fikir yang kau adalah manusia malang!!!

gambar curi di google

Lepas tu, semua orang ada hobi kan? so jadikan hobi kau tu sebagai satu perkara yang menggembirakan hati kau setreusnya dapat mengisi masa kau daripada dok sibuk merana 24 7 tu. Macam ayu suka shopping, so shoppinglah boleh buat ayu happy. Tak ada hobi?? Kau memang manusia yang boring.hahahaaa..nenek atok aku pun ada hobi kot. Then,benda ni paling ayu suka sebab memang berkesan. Korang tengah frust baik korang layan movie yang ada unsur2 komedi, buat diri korang ketawa kan lagi bagus. Bila ketawa kita ni cepat pelupa tau, tapi kau janganlah ketawa bagai giler time nak exam pulak. Motif?? Sebab nak tenangkan fikiran kau dari rasa takut. So sweet lah kalau kau buat macam tu kan.

Okay, tips yang terakhir dengan cara kau berkawanlah dengan ramai orang. Berkawan ni memang best sebab kau dapat kenal macam2 perangai manusia. Dari situlah kau boleh focus pada kawam2 kau dari dok pikiaq pasai lelaki/ perempuan yang sememangnya dah tak ingat langsung pasai kau. So don’t waste ur time doing something stupid and at last u got nothing. This is so sad…bak kata syedgraphix tu kan. Kawan yang baik adalah kawan yang akan menggembirakan kita di waktu kesusahan, so carilah kawan yang boleh sehidup semati dengan kau. Eh ingat dengan kekasih kau je boleh sehidup semati ke.

walau ape caea sekalipun, kita jangan mudah lupakan Allah s.w.t sebab dia yang merancang segala galanya

Jadi setakat tu jela yang ayu nak share, actually tak ada lah tips sangat. Ni semua based on pengalaman yang pernah ayu lalui. Aku pun pernah putus cintalah…tapi aku cool je.


*hoping dekat machang adalah line aku nak berblog. Eh melalut.

No comments:

Post a Comment