student diary

Friday, July 13, 2012

cuak

Assalamualaikum

Minggu penentuan. Yes, seriously sangat lah berdebar. Debaran macam nak dapat result spm tu datang lagi. Tapi ni bukan spm ah lagi, ni lagi tinggi dari spm. Ini yang buat hidup ayu semakin kusut sekusut kusutnya (eh cam lagu pulak).  Sebenarnya minggu penentuan tu adalah minggu keluarnya keputusan upu dan uitm bagi intake degree untuk semester depan. Hah cuak giler kau ayu. Mana tak cuaknya, punyalah ramai yang apply untuk continue study maka harus dan wajib la ayu nak cuak. Kang buatnya ayu tak dapat memang frust menonggeng terguling guling ayu.

Actually ayu ni baru je tamat pengajian diploma bulan april yang lepas. Sekarang tengah menunggu permohonan untuk degree pulak. Biasalah kalau setakat ada scroll diploma je tak ada sape nak pandang. Dedulu boleh lah kalau ada diploma dah kira hebat tu, terus kerja je kau tak payah nak fikir degree degree bagai. Tapi sekarang, haruslah belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi kalau u nak kerja best sikit plus tak ada lah teruk noo kelulusan u ada tu hokayyy.

Insyaallah kalau dapat bulan September nanti bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar lagi. Seronok okay jadi student ni, rindu pulak zaman dulu dulu dekat uitm. Pagi pagi memang semangat pegi class, tapi bila dah dekat dekat matahari terpacak atas kepala emmm haram masing masing nak ponteng class. Opss.. bukam masing masing, ayu sorang je kot.

Apa ape pun doakan lah ye semoga ayu diterima untuk sambung belajar. Itulah harapan ayu. Amin.

No comments:

Post a Comment