student diary

Monday, July 16, 2012

akhirnya.....

Assalamualaikum

Sekarang ni dah menunjukkan jam 3 pagi and ayu still belum tidur. Macam mana nak tidur kalau baru je melantak dekat mamak area rumah ayu ni tadi. Mak tadi dengan sungguh-sungguh ajak abah keluar makan. Kesudahannya kesian abah kena bangun tidur then  bawak kiteorang pegi makan tenggah tenggah pagi ni. Sampai je rumah terus mata tak nak tidur, segar yang amat then datang lah idea untuk buat entri baru. Well well well even tak ada orang pun nak tengok blog ayu ni kan….its okay janji ayu puas hati.

Sebenarnya nak cerita sikit ni. Ayu nak share tentang perasaan dan hati ayu ni sekarang dah di isi oleh seorang lelaki. Jeng jeng jeng….straight to the point jela, ayu sekarang ni dalam proses mengenal hati budi seorang lelaki. Sape ye??? Syed ainolashraf namanya. Actually ayu dengan dia kenal masa sekolah rendah and terpisah after naik sekolah menengah. Huhuhuu…sedih. Tapi after 10 years we meet again..yuhuuu dan ayu totally lupa dia sangat sangat. Padahal ayu ni bukannya banyak kawan pun kan. Banyak jugak la kenangan sekolah rendah yang ayu lupa. Cuma beberapa orang kawan  je yang ayu boleh ingat. Sorry guys ayu tak ada niat nak lupakan sesiapa pun. Well pemikiran ayu ni limited sikit. Heeee. Alasan sangat.

ini lah tuan syed ayu...

And nak sambung cerita balik ni…..sejak pertemuan semula tu la membuahkan bibit bibit percintaan antara syed dan ayu. Hahahaaa..cewaahhh. kalau kawan kawan baca ni sumpah dorang gelakkan aku. Mana taknya bila jumpa je tengok masing masing dah besar dah lain kan lepas tu mulalah malu tahap giler ayu ni menjadi jadi. Actually syed pun tak berapa nak cam ayu, hah tu lagi sedih tapi tapi tapi.... maybe untuk menjaga hati ayu ni dia buat macam ingat ingat sikit la kot. pandai syed jaga hati orang ye. Nak tahu tak syed ni macam mana orangnya, buat masa ni dia nampak sangat baik orangnya, dia cool, smart, manis juga orangnya, and sangat caring. sesibuk mana pun dia tapi dia still contact ayu. Tu antara sebab ayu jatuh hati dekat dia. selepas itu, pada 7 july 2012 ayu dan syed officially in a relationship….fuhhhhyooo tarikh cantik kan..silalah cemburu.hahahaa.

Ucapan.
Kepada tuan syed yang ayu cintai, thanks sebab hadir dalam hidup ayu pada masa yang tepat. Ayu dah nampak banyak keikhlasan yang awak tunjukkan pada ayu. Tak ada apa lagi yang lebih indah selain awak menjadi teman hidup ayu. Kita sama sama tak pernah berjanji tapi kita berdoa agar ada jodoh antara kita. Harap awak adalah yang terbaik dan akan menjadi yang lebih terbaik di masa akan datang. Amin.

OKAY. Dah mengantuk sangat tapi banyak lagi luahan perasaan yang nak ayu nak share dalam entri ni tapi disebabkan malu jadi ayu tangguhklan dulu.
*Dari tadi aku asyik nak malu je baik tak payah buat entri..hadoi ayu.
*terima kasih mebuangkan masa anda membaca entri cincai saya ini. 

No comments:

Post a Comment