student diary

Wednesday, July 18, 2012

cara nak lupakan seseorang

assalamualaikum

Minggu ni sekali 3 entri ayu bagi kan, kalau ada yang perasaan dan tengok blog ni la. Hah ada ke ayu?? Tak ada maknanya kan. kau buat cerita then kau jugak yang baca sendiri lepas tu ketawa sorang sorang. Tapi ayu tak kisah pun pasal follower banyak ke sikit sebab ayu buat blog ni pun atas sebab suka suka, and yang penting nak jadikan blog ni macam diari ayu sendiri. Nanti manalah tahu suatu hari nanti anak cucu ayu boleh baca balik blog nenek dia ni…hah kan ke elok. So, kepada blogger2 di luar sana yang kemaruk sgt create blog semata kerana nak dapat follower yg ramai tu hentikan jela. Bukan ayu nak dengki, Cuma kita biarlah jadi diri sendiri. Ada faham?? Ingat senang ke nak jadi mcm hanis zalikha, fatin liyana, cik epal, hizami rahim dan blogger2 terkemuka yang lain. Hang ingat senang ka?? Dorang pun bermula dari sukasuka je berblog ni. dah sampai rezeki dorang tu yang femes. Kesimpulannya korang buat la sendiri. Malas aku nak taip panjang panjang.

Eh aku dah banyak menyimpang ni, kenapa aku beremosi sangat tadi?? Makin lama makin susah ayu nak control diri. Gini ayu nak share sikit ni tentang cara mudah untuk kita lupakan seseorang. Ini hanya pendapat ayu dan pengalaman yang sebelum ni pernah ayu lalui. Mesti ramai yang ada pengalaman putus cinta, putus kawan, putus tali persaudaraan….eh yang ni salah di sisi undang2 keluarga. Kalau ikut cara ayu perkara pertama yang ayu buat adalah dengan cara delete everything about him or her. Delete tu maksudnya bukan kau buang semua gambar atau mesej dia bagi tu je. Kau kena buang semua ingatan kau pada dia serta merta. Tak dapat serta merta pun sikit2 jadilah. Bukan nak berlaku kejam, tapi dgn cara ni je boleh lupakan dia dan buat kehidupan baru. Tapi ayu tahu bukan senang, kau kena percaya pada diri kau bahawa akan ada yang lebih baik menanti lepas ni. kita tak tahu future kita akan datang nanti macam manakan. So buang mind set kau yang suka sangat fikir yang kau adalah manusia malang!!!

gambar curi di google

Lepas tu, semua orang ada hobi kan? so jadikan hobi kau tu sebagai satu perkara yang menggembirakan hati kau setreusnya dapat mengisi masa kau daripada dok sibuk merana 24 7 tu. Macam ayu suka shopping, so shoppinglah boleh buat ayu happy. Tak ada hobi?? Kau memang manusia yang boring.hahahaaa..nenek atok aku pun ada hobi kot. Then,benda ni paling ayu suka sebab memang berkesan. Korang tengah frust baik korang layan movie yang ada unsur2 komedi, buat diri korang ketawa kan lagi bagus. Bila ketawa kita ni cepat pelupa tau, tapi kau janganlah ketawa bagai giler time nak exam pulak. Motif?? Sebab nak tenangkan fikiran kau dari rasa takut. So sweet lah kalau kau buat macam tu kan.

Okay, tips yang terakhir dengan cara kau berkawanlah dengan ramai orang. Berkawan ni memang best sebab kau dapat kenal macam2 perangai manusia. Dari situlah kau boleh focus pada kawam2 kau dari dok pikiaq pasai lelaki/ perempuan yang sememangnya dah tak ingat langsung pasai kau. So don’t waste ur time doing something stupid and at last u got nothing. This is so sad…bak kata syedgraphix tu kan. Kawan yang baik adalah kawan yang akan menggembirakan kita di waktu kesusahan, so carilah kawan yang boleh sehidup semati dengan kau. Eh ingat dengan kekasih kau je boleh sehidup semati ke.

walau ape caea sekalipun, kita jangan mudah lupakan Allah s.w.t sebab dia yang merancang segala galanya

Jadi setakat tu jela yang ayu nak share, actually tak ada lah tips sangat. Ni semua based on pengalaman yang pernah ayu lalui. Aku pun pernah putus cintalah…tapi aku cool je.


*hoping dekat machang adalah line aku nak berblog. Eh melalut.

Monday, July 16, 2012

kejutan..uitm machang

Assalamualaikum

Entri sebelum ni kan ayu ada share pada semua yang ayu cuak sangat sebab result penerapan uitm dah nak keluar. Nak tahu tak? Actually memang dah keluar pun hari sabtu minggu lepas. Tapi lambat update sikit. Fuhhh…memang memeranjatkanlah. Tahu tak pagi pagi lagi nani dah mesej ayu suruh check result tu, then dengan gelabah macam orang mengigau dah ayu terus on laptop. Lepas dah masuk numbe ic semua keluar la result yang ayu tunggu tunggu selama ni.

Tahniah! Anda telah Berjaya ditawarkan ke UITM. Maklumat anda adalah seperti berikut:-

Nama : Siti Rohayu binti Baharudin
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (ekonomi)
Kampus : UiTM kampus Machang

Lepas baca the last sentence tu ayu terus meraung bagai giler satu rumah ayu jerit terlolong melalak terguling guling atas katil sampai letih ayu buat aksi. Adik yang masih mamai akibat bangun pagi terkejut tengok ayu. Machang kot !!!!!! mula mula blurrr sangat machang ni Terengganu ke Kelantan ekkk. Yela seingat ayu mase ayu form 1 ayu pegi Kelantan…tu pun ayu pegi pengkalan kubur yang tempat barang murah murah giler ollss dan sehinggalah sekarang ayu adalah orang yang jakun  pada Kelantan. Lepas tu cepat cepat ayu mengadu dekat mak abah adik beradik semua yang ayu dapat further study dekat Kelantan…macam biasa arr dorang hanya mampu gelakkan aku. Kecuali mak…mak sangat memahami ayu. Kadang kadang tengok macam mak pulak yang nak pegi belajar dekat Kelantan tu. Over tuuuu.

Bukan ayu tak suka Kelantan tu disebabkna pembangunannya yang agak tetttttt….tu kan. Eh itu bukan penyebab utama ye sebab ayu tak kisah sangat ada Bandar ke tak tempat tu. Sesiapa yang kenal ayu mesti tahu sangat penyakit homesick ayu ni. So bila dapat Kelantan memang tak lah ayu balik every week. Ada faham???? Tak faham pegi hentak kepala tu. Selain itu jugak, ayu ni jenis susah nak bergaul dengan orang sangat plussss ayu tak tahu sepatah haram bahasa Kelantan uollsss..hah ambik kau bahasa tau !!

Sekarang ni ayu teramatlah serabut kusut masai semua dah sebati dalam diri ayu. Kehidupan yang tak terurus akan menjelma lagi lepas ni. Tapi apa apa pun syukur sangat sebab diberi peluang dapat sambung belajar..bila fikir balik ada baiknya ayu tercampak dekat sana kan. Alah setakat 10 jam je naik bas dari Kelantan ke johor apalah sangat kannnnn. Bila totalkan ulang alik Kelantan johor johor Kelantan baru 20 jam. Kalau rasa tak sanggup kau naik je flight apa ada hal babe. Berapa minit je kot… baru rasa over the sea tu, sape tak nak kan. Aku nak.

Okay lah nak stop dah. Ayu ni kalau dibiarkan memang makin mengarut lah jadi blog ayu ni. tapi ayu harap harap orang Kelantan tak adalah ambush blog ni. Kang tak pasal pasal je orang Kelantan attack ayu. Semua orang nanti masuk kuliah aku pulak masuk wad icu hahahahaaa. Ok memang tak kelakar pun.

Kepada yang dapat tawaran ke uitm tu ayu ucapkan TAHNIAH ye. Yang tak Berjaya tu boleh buat rayuan lagi. And student machang silalah menyambut kedatangan ayu nanti. karpet merah pleaseeeee.


 gambar yang dicuri di google

akhirnya.....

Assalamualaikum

Sekarang ni dah menunjukkan jam 3 pagi and ayu still belum tidur. Macam mana nak tidur kalau baru je melantak dekat mamak area rumah ayu ni tadi. Mak tadi dengan sungguh-sungguh ajak abah keluar makan. Kesudahannya kesian abah kena bangun tidur then  bawak kiteorang pegi makan tenggah tenggah pagi ni. Sampai je rumah terus mata tak nak tidur, segar yang amat then datang lah idea untuk buat entri baru. Well well well even tak ada orang pun nak tengok blog ayu ni kan….its okay janji ayu puas hati.

Sebenarnya nak cerita sikit ni. Ayu nak share tentang perasaan dan hati ayu ni sekarang dah di isi oleh seorang lelaki. Jeng jeng jeng….straight to the point jela, ayu sekarang ni dalam proses mengenal hati budi seorang lelaki. Sape ye??? Syed ainolashraf namanya. Actually ayu dengan dia kenal masa sekolah rendah and terpisah after naik sekolah menengah. Huhuhuu…sedih. Tapi after 10 years we meet again..yuhuuu dan ayu totally lupa dia sangat sangat. Padahal ayu ni bukannya banyak kawan pun kan. Banyak jugak la kenangan sekolah rendah yang ayu lupa. Cuma beberapa orang kawan  je yang ayu boleh ingat. Sorry guys ayu tak ada niat nak lupakan sesiapa pun. Well pemikiran ayu ni limited sikit. Heeee. Alasan sangat.

ini lah tuan syed ayu...

And nak sambung cerita balik ni…..sejak pertemuan semula tu la membuahkan bibit bibit percintaan antara syed dan ayu. Hahahaaa..cewaahhh. kalau kawan kawan baca ni sumpah dorang gelakkan aku. Mana taknya bila jumpa je tengok masing masing dah besar dah lain kan lepas tu mulalah malu tahap giler ayu ni menjadi jadi. Actually syed pun tak berapa nak cam ayu, hah tu lagi sedih tapi tapi tapi.... maybe untuk menjaga hati ayu ni dia buat macam ingat ingat sikit la kot. pandai syed jaga hati orang ye. Nak tahu tak syed ni macam mana orangnya, buat masa ni dia nampak sangat baik orangnya, dia cool, smart, manis juga orangnya, and sangat caring. sesibuk mana pun dia tapi dia still contact ayu. Tu antara sebab ayu jatuh hati dekat dia. selepas itu, pada 7 july 2012 ayu dan syed officially in a relationship….fuhhhhyooo tarikh cantik kan..silalah cemburu.hahahaa.

Ucapan.
Kepada tuan syed yang ayu cintai, thanks sebab hadir dalam hidup ayu pada masa yang tepat. Ayu dah nampak banyak keikhlasan yang awak tunjukkan pada ayu. Tak ada apa lagi yang lebih indah selain awak menjadi teman hidup ayu. Kita sama sama tak pernah berjanji tapi kita berdoa agar ada jodoh antara kita. Harap awak adalah yang terbaik dan akan menjadi yang lebih terbaik di masa akan datang. Amin.

OKAY. Dah mengantuk sangat tapi banyak lagi luahan perasaan yang nak ayu nak share dalam entri ni tapi disebabkan malu jadi ayu tangguhklan dulu.
*Dari tadi aku asyik nak malu je baik tak payah buat entri..hadoi ayu.
*terima kasih mebuangkan masa anda membaca entri cincai saya ini. 

Friday, July 13, 2012

cuak

Assalamualaikum

Minggu penentuan. Yes, seriously sangat lah berdebar. Debaran macam nak dapat result spm tu datang lagi. Tapi ni bukan spm ah lagi, ni lagi tinggi dari spm. Ini yang buat hidup ayu semakin kusut sekusut kusutnya (eh cam lagu pulak).  Sebenarnya minggu penentuan tu adalah minggu keluarnya keputusan upu dan uitm bagi intake degree untuk semester depan. Hah cuak giler kau ayu. Mana tak cuaknya, punyalah ramai yang apply untuk continue study maka harus dan wajib la ayu nak cuak. Kang buatnya ayu tak dapat memang frust menonggeng terguling guling ayu.

Actually ayu ni baru je tamat pengajian diploma bulan april yang lepas. Sekarang tengah menunggu permohonan untuk degree pulak. Biasalah kalau setakat ada scroll diploma je tak ada sape nak pandang. Dedulu boleh lah kalau ada diploma dah kira hebat tu, terus kerja je kau tak payah nak fikir degree degree bagai. Tapi sekarang, haruslah belajar lagi ke peringkat yang lebih tinggi kalau u nak kerja best sikit plus tak ada lah teruk noo kelulusan u ada tu hokayyy.

Insyaallah kalau dapat bulan September nanti bermulalah kehidupan sebagai seorang pelajar lagi. Seronok okay jadi student ni, rindu pulak zaman dulu dulu dekat uitm. Pagi pagi memang semangat pegi class, tapi bila dah dekat dekat matahari terpacak atas kepala emmm haram masing masing nak ponteng class. Opss.. bukam masing masing, ayu sorang je kot.

Apa ape pun doakan lah ye semoga ayu diterima untuk sambung belajar. Itulah harapan ayu. Amin.

Tuesday, June 26, 2012

Ayuh!!!!! Ramai-ramai Join contest 'Saya Nak Juga' !!!

ASSALAMUALAIKUM

Hello gorgeous !!

Seronoknya ada contest ‘Saya Nak Juga’. Tapi nak ape ekk??? Mestilah nak hadiah yang teramatlah best tu. Okay tadi lepas lunch dengan my family ayu online lah facebook and tetibe kak fyna (ala Fyna Here blog yang awesome tu) ada bagi link tentang contest ni. Ayu pun ape lagi tersangatlah excited and ape lagi daripada buang masa baik join contest ni…ye dakkk…ada lah jugak nampak faedahnya.

Sebenarnya ayu tahu pasal blog ida dan iena ni daripada kawan jugak, al maklum lah dorangkan super hotttt model and suka dengan gaya gaya muslimah. Well, memandangkan ayu ni bertudung dan suka berfesyen bagai nak rak mengalahkan akak akak ayu….hehheee jadi wajib dan haruslah kita tinjau tinjau blog kembar comel ni.

Hah, sesiapa berminat silakan lah diri anda untuk join contest ‘Saya Nak Juga’ ni. Confirm korang lompat lompat atas katil sebab excited. J

Macam mana nak join contest ni?? Ape hadiahnya????….dkt bwh ni semua tersedia. Selamat membaca kawan kawan.


1]  Like fan page  -  ‘The Life Of Mansor’s Twin
2] Follow blog ‘The Life Of Mansor’s Twin'
3] Isikan sambungan ayat berikut :  Saya rasa Blog ‘The Life Of Mansor’s Twin’.........
4] Like fan page our sponsor :
  • a) Dressuana [supaya korang blh pilih SENDIRI HADIAH yang korang  nak! berdasarkan HADIAH   VOUCHER oleh Dressuana] 
  • b) Edasera Stylish Boutique [supaya korang boleh pilih sendiri hadiah shawl khas kat album yg akan disediakan untuk para pemenang ^.^]
  • c) Butik Cho Mel [ supaya korang boleh cuci mata tgk barang2 die yang awesome + boleh claim hadiah dgn pemilik butik ni :) ]
senang kan? cepatlah ape nak tunggu lagi !! hehee
Hah lepas tu korang mesti nak tahu hadiah ape disediakan...


1ST PRIZE 
Free Design : Header Blog & Advertising Blog or Cover Photo Timeline
Free Lunch + Movie Tix (and u can also meet us Iena & Ida Mansor's)
Free Bantalcraft (with ur own name) from our sponsor Butik Cho Mel
and also u got to win : FREE VOUCHER RM50 frm our sponsorDRESSUANA!

2ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Skirt Labuh Chiffon from Hidayah Salle's
and u also win : FREE VOUCHER RM30 from our sponsor DRESSUANA!


3ST PRIZE
Free Design : Header Blog or Cover Photo Timeline
Free Potret Karikatur from Hidayah Salle's 
and u also win : FREE HAIR RIBBON worth RM19.90 from our sponsor Cynn Ismail

SAGUHATI
20 pemenang dapat sehelai pashmina/shawl/tudung dari butik Edasera Styleesh Boutique 

Memang menarik sangat sangat...jom senyum lebar lebar

so, ayu pun join contest ni and ayu nak lengkapkan ayat kak ida and iena bagi tu..bismillah....

' Saya rasa blog the life of mansor's twin' ini adalah blog yang sungguh stylo kerana kak Ida and Iena banyak share tentang dunia modelling dan ditambah pula dengan fesyen muslimah yang sekarang ni semakin popular terutamanya tudung. Bagi ayu gambar gambar yang banyak kak Ida and Iena postkan di blog sangatlah memukaukan blogger blogger perempuan yg lain termasuklah ayu sebab cantik cantik cantik sangat and of course kiteorang semua cemburu heheheee...tapi ape yang paling menariknya blog kak Ida and Iena bagi ayu mestilah header blog ni.sungguhlah terpukau untuk kali keduanya. Pastinya ramai lepas ni jadikan kak Ida and Iena idola blogger mereka kan dan ayu harap kak Ida and Iena success dalam bidang modelling ini...amin.' FIGHTING !!!!! :)

jom kita cekidaut sikit gambar kembar super hot model ni

masyaallah cantikkan mereka adik beradik

Harap harap ayu berjaya lah ye..heeee

Wednesday, June 20, 2012

10 days ago

10 june 2012…masih teringat-ingat lagi dengan tarikh ini. Hah, haruslah aku sorang ingat sebab tak dak lah byk gilos follower aku ni kan and yang penting kawan-kawan aku memasing tak minat berblogging tu pasal lah aku selalu cerita sorang-sorang dalam blog aku ni. Bak kata double  A “ada aku kesah”.

Last week and and the other week maybe ada lah ayu buat reunion keci-kecilan..ye agak sesuai menggunakan kecilan tu memandangkan tak dak lah ramai yang datang kan..hah itu memang a bit kecewa. Kau tahu aku punyalah penat buat group untuk sekolah rendah aku dalam facebook and kumpulkan balik kawan-kawan yang lama tu. Huisshhh..macam nak buat proposal aku rasa. Acahh je pun sebenarnya tak dak lah hebat macam tu. Biasalah ayu kan cerita nak brutal, cakap nak berlagak, gaya nak hottt.

Berbalik kepada ceita yang tarikh atas tadi tuh, eh jap hari ni dah 20 june so dah 10 harilah aku tunda nak post entri pasal benda alah ni. Teruk kau ayu. Rasa macam baru-baru je lagi kan. okay aku maafkan diri aku. 10 june hari tu ayu and rakan-rakan (aahhh poyos) adalah buat gathering di sekitar Bandar kluang okay. Bukan kampong kluang sebab hari tu aku baca paper tulisan tu tulis kampong kluang and at that time ayu macam blurrr..eh aku tinggal dkt kampong ke.

Eh mengarut lagi, dah tersasar-sasar dari ape yang nak ayu ceritakan. Hah, jumpalah kawan-kawan masa sekolah rendah dulu tapi bukan semua pun sebab maybe yang lain ada commitment yang lebih penting dari join reunion kecil-kecilan ini. Jadi dan makanya kami still go on dengan gathering ini even 7 orang sahaja yang menghadirkan diri.

Okay ayu share gambar walaupun korang dah tengok dlm fb ayu :-
credit to syed sebab tolong ambilkan gambar ini. Nanti ada muka syed pulak ye.

okay syed dah ada

suhaila and syikin



aahhh serabai


For the first time i was really excited. Yeahhh its normal right. Tak payanh nak cakap aku mangada-ngada, gedik, gatal or ape-ape sahaja lah. 10 tahun yang sudah berlalu adlah masa yang amat gilos panjang and bila ayu jumpa agak kekok sikit dengan mereka. 10 tahun woooo…long time no see hah u guys. Dari umur ayu 12 thn dan sekarang umur dah 21 tahun..terbalikkan je angka tu. Memasing dah change everything especially body size lah.


Tentative perjumpaan tu bermula pada pukul 4-9 mlm kau. Hah anak dara baharudin keluar malam buat kali keduanya sampai kecut perut aku nak masuk padahal tak buat salah ape-ape pun. Self condfident kurang ni. Mulanya berjumpa di kfc kluang parade, then dah sedap makan ternak lemak bak kata cik epal kiteorang semua pergi karaoke sejam  and the last xtvt is bowling. Oh I got strike u know…the only one strike..hahaaa silalah gelak sorang2. And u wanna know lagi tak ayu confirm dan haruslah kalah main bowling ni sebab setahun sekali main…hah kau ingat aku mahir sangat ke. Tapi im not really sure whos the winner lah antara dua jejaka idaman malayas iaitu alip atau pun syed ni.

Habis suka-suka berbowling kiteorang semua ke kedai makan ala2 kopitiam ehhh I think so lah tapi dorang cakap tu kluang corner. Ayu memang tak pernah makan di tempat itu…and a bit kecewa u know sebab ape yang ayu order tak ada kau tau tak.

After kawan-kawan aku sedap-sedap ternak lemak tanpa aku ni kan so mestilah bateri badan aku yang mulanya full charge terus jadi lowww…dan mulalah detik-detik perpisahan sekali lagi. And tak ada lah perpisahan sangat sebab boleh je jumpa lagi lepas ni kan.

The moral of the story, kumpul dan carilah seramai mana kawan sebab kawan adalah top 3 dalam hidup korang. So good luck.

sorry my english is so malysia lahhh..my bad


Monday, May 21, 2012

tolonglah hargai



seringkali kau merendahkan ku
melihat dengan sebelah matamu
aku bukan siapa-siapa
selalu saja kau anggapku lemah
cuba kau lihat dirimu dahulu sebelum kau nilai ku dengan diriku
apa salahnya hargai diriku 
sebelum kau nilai siapa diriku


copy lirik lagu hargai aku by armada band. lagu ni hampir mencecah 2.5 million viewers dalam youtube. daripada situ dah boleh fikir betapa best dan hebatnya lagu tu. kenapa hebat??? bagus sangat ke lagu tu?
eh mestilah best...walaupun ayu bukan peminat armada band tapi lagu ni dah menyentuh perasaan ayu. kenapa ye?
banyak mesej yang cuba disampaikan melalui lagu ni and ayu rasa lagu ni adalah lagu pengajaran yang terbaik sekali. pergilah dengar.
pengajarannya ringkas je, hargailah orang yang berada di sekeliling kita. tak kira macam mana sekalipun orang tu hargailah dia. manusia ni kadang-kadang sombong bila dia dah berjaya, dah lebih sikit dari orang lain....ayat paling senang lupa daratan. kalau tak namanya manusia takkan macam tu kan..ego sentiasa lebih.

sebenarnya niat nak post benda lain, tapi sebab perasaan sedih yang menggugat kententeraman hati ayu malam ni  and terus dengar lagu hargai aku, tak semena mena post entri macam ni.


okaylah nak relaxkan fikiran