student diary

Saturday, May 19, 2012

Bio Oil

assalamualaikum


ok hari ni ayu nak review produk bio oil. sebelum ni memang dah teringat nak post entri pasal produk ni tapi selalu terlupa, and malam ni sebab tak ada buat apa-apa jadi ayu ambil keputusan untuk mengarang entri baru.
semua orang tahu bio oil ni memang product yang bagus, ayu dah lama beli product bio oil ni since last year and tiba-tiba tergerak hati untuk guna lepas ayu habis study dekat uitm. biasalah bila tinggal dekat rumah banyak masa lapangkan so punggahlah balik segala barang-barang lama ayu. apa yang ayu tahu bio oil ni membantu untuk menhilangkan parut yang lama, masalah kulit, jerawat and banyak lagi. kalau nak tahu google jela.
then,bila dah jumpa bio oil ni terus malam tu ayu guna, ayu cuci muka dulu and lepas tu ambil dalam 3 titik bio oil letak dekat tangan and sapu pada keseluruhan muka and urut sikit-sikit dekat muka. buat aktiviti macam ni setiap hari okay.
kalau guna bio oil ni kesannya nampak dalam masa 3 bulan, ramai yang cakap macam tu tapi bagi ayu kesan dari bio oil ni cepat jugak. ayu guna dah sebulan lebih and nampak tindakbalas yang baik terhadap kulit muka ayu.
nak tahu,masa belajar dulu kulit ayu memang tak sekata, jerawat tu memang confirm la ada kan dengan kulit berminyaknya lagi. macam-macam jugak produk guna tapi tak sesuai dengan kulit. bila tak sesuai plus stress memanjang time study hah mulalah timbul gunung ganang dekat muka dan menyebabkan kulit jadi tak sekata lagi. tak bestkan macam tu, tapi after ayu guna bio oil ni alhamdulillah kulit tak macam dulu lagi. memang sangat-sangat berlainan dengan yang dulu. kesan-kesan jerawat yang lama dah hilang. serta merta jatuh cinta dengan bio oil. sebelum ni rasa macam rugi giler beli bio oil ni, tapi sekarang nak beli sebotol lagilah sebab yang lama dah nak habis pun.
okay tu jela yang ayu nak promotekan....

2 comments: