ASSALAMUALAIKUM....
ENTRI baru lagi!!!!...efficient sungguh nak menerbitkan entri baru ni.Semangat punyalah mak aiiihhh berkobar2 dari hari ke hari, al maklumlah kan bila jadi penganggur terpemalas dekat rumah ni yang 24 -7 menghadap laptop.. tak jadi apo dah.Puan Roziah pun dengan pasrah terima jela perangai aku yang dah sedia natural ni.Haiahhh aku ni dah macam membuka pekung di dada dah kan..astafirullahhalazimmm.
Sebenarnya aku kan tengah cuti semester sekarang ni so masa memang banyak sangat sementara nak tunggu intake degree.Kerja???? Hah tak payah tanya dah aku kan tadi dah cakap aku penganggur yang terpemalas, jadinya memang tak la kerja.Ape..apee.... tak pernah tengok orang malas ke?? jakun la tu...tak adalah malas sangat cuma abah yang tak izinkan aku kerja.hurmmm...
Introduction aku suka melalut kan.Tengok tajuk aku pun tak best kan tapi tak apa la....jommm teruskan cerita.
Aku tak pernah menayangkan dekat korang ape perkara dan benda yang aku suka sangat2 kan.Tak nak tau pun tak apa..mak jemah tak heran laaaa!!!!!!
SAMSUNG GALAXY S PLUS
Pemberian dari abah awal tahun lepas...thanks to abah.Sayang sangat phone baru ni sebab aku boleh berinternet tenet sakan dalam ni je tau.Ingat blackbera je boleh ke haaahhh...Macam2 application dah aku download and tu sebab nampak aku ni online memanjang je.Korang nak tau, apa yang specialnya sebab family aku semua guna brand samsung sahaja.Hahhhh amacam daebak tak?????Annoying gila kan aku ni..Muntah jangan tunjuk depan aku hah. SAYANG PHONE :)
LAPTOP/NETBOOK
Hah ni la nyawa aku yang paling berharga sekali.tanpa dia siapalah aku untuk korang2 semua kenal aku ni kan.benda alah ni yang banyak berjasa dengan aku 24-7.Aku menghadap dia, dia menghadap aku.Akhirnya aku bercinta dengan dia jela kan...senang cite.Aku gunakan netbook ni untuk berfacebook,berblogging,bertwitter emmm tidak pernah sebab aku guna fully on phone je.Amacam style kan aku....SAYANG NETBOOK :)
NOVEL
Aku hantu kaki novel sebenarnya, susah nak stop kalau dah syok sangat baca. Puan Roziah cukup benci kalau aku baca novel sebab memang tak keluar bilik la jawabnya.Lepas tu keluar bilik macam mata panda dah sebab menangis + tak cukup tidur punya pasal.Teruk perangai aku kan.Tapi dalam gambar ni tak banyak sangat novel yang aku tunjukkan sebab aku ada lg satu rak lagi...malas nak tunjuk sebab serabut aku tengok bila si adik menyepahkan. SAYANG NOVEL :)
RUNNING MANNNNNN!!!
Bila sebut pasal running man aku lah manusia yang paling tak hengat dunia sebab aku tak nak kalah dengan orang lain.Aku memang follow setiap episode RM tau.Time tension tak payah ambik ubat tenangkan fikiran dah, kau tengok je benda alah ni, mujarab sangat.Siapa yang tak tahu memang ketinggalan zaman la kau.Apa2 pun aku memang menanti kedatangan members RM untuk beraksi di malaysia.Entah bila la tu...tak sabar sangat dah ni.Korang nak tahu, aku tengah planning nak buat trip ke korea ni.Semua gara2 running man.Percaya tak?????
kwang soo, jong kook, jae suk, suk jin, haha, gary, ji ho the best members of running man. SAYANG MEREKA :)
ONE DIRECTION/SNSD
kalau sesiapa yang kenal aku, memang korang tahu sendirikan aku minat sangat dekat girl generation ni a.k.a snsd.Addicted gila aku dengan dorang sebab boleh dikatakan setiap hari before tidur aku akan dengar lagu dorang.Lepas tu berangan2 blaa bla blaaaa...Tapi sejak dua menjak ni aku dah jadi peminat yang curang sebab aku dah beralih arah kepada one direction...hahaa amacam handsome tahap juling mata aku tengok dorang ni.Nani yang syorkan aku dengar lagu2 dorang..not bad la first time dengar.And then terus aku search lagu2 lain..wowwwww sumpah best.Thanks nani. SAYANG ZAYN MALIK :) Opssss
FATIN LIYANA
Semua orang pasti kenal fatin liyana blogger terkenal di malaysia.Hari2 aku terjah blog dia sebab sweet sangat tengok dia.Sebab tu je okay!!!!..hahaaa tak adalah actually aku suka cara dia berblogging.Setiap entri dia more on personal life dia hari2.Contohnya macam dia pegi melancong mana, aktiviti harian dia, apa yang dia suka dan macam2 lagi.Inilah hobi aku yang baru, aku actually suka menulis masa sekolah dulu dan sampai sekarang minat tu masih ada...alhamdulillah.Search la kalau berminat dengan fatin liyana ni...:) ramai lelaki lelaki jatuh cinta bila tengok dia..hurmmmm Nak sweet macam fatin jugak laaaa.Boleh beli tak??? SAYANG FL :)
SHOPPING
Ini adalah perkara yang aku minatiTak kiralah ada duit ke tak ada duit ke aku tetap nak jugak bershopping.Abah lah yang paling teruk nak tanggung aku.Lumrahkan bila seorang perempuan suka berbelanja...tak ada yang peliknya.Tapi aku masih boleh di control lagi, jangan risau ye kepada lelaki lelaki di luar sana.
Okay la...jam dah dekat pukul 3 pagi..aku masih tak tidur.Nanti bangun lambat Puan Roziah marah.Banyak lagi yang nak diceritakn tapi sambung next episode la.Nak pegi charge badan dulu.
created by
No comments:
Post a Comment