student diary

Tuesday, April 3, 2012

KEGEMARAN

ASSALAMUALAIKUM....



ENTRI baru lagi!!!!...efficient sungguh nak menerbitkan entri baru ni.Semangat punyalah mak aiiihhh berkobar2 dari hari ke hari, al maklumlah kan bila jadi penganggur terpemalas dekat rumah ni yang 24 -7 menghadap laptop.. tak jadi apo dah.Puan Roziah pun dengan pasrah terima jela perangai aku yang dah sedia natural ni.Haiahhh aku ni dah macam membuka pekung di dada dah kan..astafirullahhalazimmm.
Sebenarnya aku kan tengah cuti semester sekarang ni so masa memang banyak sangat sementara nak tunggu intake degree.Kerja???? Hah tak payah tanya dah aku kan tadi dah cakap aku penganggur yang terpemalas, jadinya memang tak la kerja.Ape..apee.... tak pernah tengok orang malas ke?? jakun la tu...tak adalah malas sangat cuma abah yang tak izinkan aku kerja.hurmmm...
Introduction aku suka melalut kan.Tengok tajuk aku pun tak best kan tapi tak apa la....jommm teruskan cerita.

Aku tak pernah menayangkan dekat korang ape perkara dan benda yang aku suka sangat2 kan.Tak nak tau pun tak apa..mak jemah tak heran laaaa!!!!!!

SAMSUNG GALAXY S PLUS 



Pemberian dari abah awal tahun lepas...thanks to abah.Sayang sangat phone baru ni sebab aku boleh berinternet tenet sakan dalam ni je tau.Ingat blackbera je boleh ke haaahhh...Macam2 application dah aku download and tu sebab nampak aku ni online memanjang je.Korang nak tau, apa yang specialnya sebab family aku semua guna brand samsung sahaja.Hahhhh amacam daebak tak?????Annoying gila kan aku ni..Muntah jangan tunjuk depan aku hah. SAYANG PHONE :)

LAPTOP/NETBOOK



Hah ni la nyawa aku yang paling berharga sekali.tanpa dia siapalah aku untuk korang2 semua kenal aku ni kan.benda alah ni yang banyak berjasa dengan aku 24-7.Aku menghadap dia, dia menghadap aku.Akhirnya aku bercinta dengan dia jela kan...senang cite.Aku gunakan netbook ni untuk berfacebook,berblogging,bertwitter emmm tidak pernah sebab aku guna fully on phone je.Amacam style kan aku....SAYANG NETBOOK :)

NOVEL



Aku hantu kaki novel sebenarnya, susah nak stop kalau dah syok sangat baca. Puan Roziah  cukup benci kalau aku baca novel sebab memang tak keluar bilik la jawabnya.Lepas tu keluar bilik macam mata panda dah sebab menangis + tak cukup tidur punya pasal.Teruk perangai aku kan.Tapi dalam gambar ni tak banyak sangat novel yang aku tunjukkan sebab aku ada lg satu rak lagi...malas nak tunjuk sebab serabut aku tengok bila si adik menyepahkan. SAYANG NOVEL :)


RUNNING MANNNNNN!!!




Bila sebut pasal running man aku lah manusia yang paling tak hengat dunia sebab aku tak nak kalah dengan orang lain.Aku memang follow setiap episode RM tau.Time tension tak payah ambik ubat tenangkan fikiran dah, kau tengok je benda alah ni, mujarab sangat.Siapa yang tak tahu memang ketinggalan zaman la kau.Apa2 pun aku memang menanti kedatangan members RM untuk beraksi di malaysia.Entah bila la tu...tak sabar sangat dah ni.Korang nak tahu, aku tengah planning nak buat trip ke korea ni.Semua gara2 running man.Percaya tak?????
kwang soo, jong kook, jae suk, suk jin, haha, gary, ji ho the best members of running man. SAYANG MEREKA :)


ONE DIRECTION/SNSD




kalau sesiapa yang kenal aku, memang korang tahu sendirikan aku minat sangat dekat girl generation ni a.k.a snsd.Addicted gila aku dengan dorang sebab boleh dikatakan setiap hari before tidur aku akan dengar lagu dorang.Lepas tu berangan2 blaa bla blaaaa...Tapi sejak dua menjak ni aku dah jadi peminat yang curang sebab aku dah beralih arah kepada one direction...hahaa amacam handsome tahap juling mata aku tengok dorang ni.Nani yang syorkan aku dengar lagu2 dorang..not bad la first time dengar.And then terus aku search lagu2 lain..wowwwww sumpah best.Thanks nani. SAYANG ZAYN MALIK :) Opssss


FATIN LIYANA




Semua orang pasti kenal fatin liyana blogger terkenal di malaysia.Hari2 aku terjah blog dia sebab sweet sangat tengok dia.Sebab tu je okay!!!!..hahaaa tak adalah actually aku suka cara dia berblogging.Setiap entri dia more on personal life dia hari2.Contohnya macam dia pegi melancong mana, aktiviti harian dia, apa yang dia suka dan macam2 lagi.Inilah hobi aku yang baru, aku actually suka menulis masa sekolah dulu dan sampai sekarang minat tu masih ada...alhamdulillah.Search la kalau berminat dengan fatin liyana ni...:) ramai lelaki lelaki jatuh cinta bila tengok dia..hurmmmm Nak sweet macam fatin jugak laaaa.Boleh beli tak??? SAYANG FL :)

SHOPPING


Ini adalah perkara yang aku minatiTak kiralah ada duit ke tak ada duit ke aku tetap nak jugak bershopping.Abah lah yang paling teruk nak tanggung aku.Lumrahkan bila seorang perempuan suka berbelanja...tak ada yang peliknya.Tapi aku masih boleh di control lagi, jangan risau ye kepada lelaki lelaki di luar sana.


Okay la...jam dah dekat pukul 3 pagi..aku masih tak tidur.Nanti bangun lambat Puan Roziah marah.Banyak lagi  yang nak diceritakn tapi sambung next episode la.Nak pegi charge badan dulu.

created by

Monday, April 2, 2012

sweet sour memories

ASSALAMUALAIKUM

First entri after pulang dari cuti semester...ops actually tamat sudah pengajian ayu di UiTM Segamat,JOHOR ini as accountancy student.Doakan kejayaan kami semua supaya memperoleh result yang gempak for this semester and boleh menaikkan lagi cgpa yang susah sangat nak naik2 tu ye (nak turun tu laju pulak).
Actually, ayu tengah keboringan then tiba-tiba teringatkan blog ayu yang lama terbiar sepi.Then terfikir untuk mengedit segala gambar dan blog ni supaya nampak la ceria sikit.
Memandangkan tamatnya pengajian ayu di uitm, jadi ingin ayu share tentang kisah drama ayu semasa menjadi student dkt sana.

Selepas tamatnya zaman persekolahan yang paling serabai dalam hidup dan dapat result yang gempak ayu diterima banyak tawaran sambung belajar.Sebagai contoh matrikulasi,UTP,maktab perguruan,asasi law,kolej2 swasta yg mahal nak mampos tu pun aku dapat(bajet gila kan).Abah dah tentukan supaya ayu continue study ke UPNM tapi disebabkan minat yang langsung tak ada ayu berkeras tak nak.Maafkan ayu abah.
Tapi abah tak pernah memaksa anaknya dalam membuat keputusan.Abah terima dgn keputusan ayu.Mak lebih banyak berdiam diri dari memberi pendapat sebab bagi mak, pilihan ayu pilihan dia jugak.Sayang mak sangat.
Selepas tu dapat la tawaran UPU.Tawaran ke Uitm segamat johor utk diploma in accountancy.Then, terus menangis sebab tak sangka dapat dekat segamat.Terus menyesal tolak tawaran2 sebelum ni.Tapi mak dan abah bagi semangat supaya accept tawaran tu.

Pada july 2009, bermula kehidupan ayu sebagai seorang student universiti teknologi mara di SEGAMAT.Mula masuk sana dah kene buli dgn minggu mms yang serabut tu,dengan tak ada kawannya satu cerita.tapi tu semua pengalaman yang paling best sebenarnya.
Hari pertama memulakan kuliah, oh ye ayu dapat kelas 8 at that time.Orang pertama ayu kenal adalah fahain zamburi,setiap kali pergi kelas dengan dia sampai la pertengahan semester ayu kenal dengan shila hashim.Baik dan tegas orangnya.heeee...

Semester kedua,berubah arah dan angin untuk tukar kelas.Ayu dan shila tukar kelas 6.Masa mula2 masuk kelas tu rasa  kiteorg terpinggir sangat sebab student dalam kelas tu semua dah kenal antara satu sama lain kecuali kami berdua.Tapi lepas tu okay dah, rupanya mereka semua sangat baik okay.Mulalah aku kenal peah,shafika,zara,zira,ayu,mun dan lain2.

Semester ketiga dan seterusnya ayu mula kenal dengan nani,zulaikha,billa and peja.Mula2 tak berapa kenal sangat dorang.Tapi disebabkan nani roomate ayu time tu,jadi bermulalah detik perkenalan dgn mereka semua.

Semester keempat, separate antara ayu dan shila bila ayu bertuKar kelas 7. Tulah keje aku ni kan tukar kelas je.Actually, ayu ikut nani sebenarnya bukan sebab lain pun.Berada di kelas 7 sangat selesa sebab perempuan sahaja yang memonopoli kelas tu.jadi bila time presentation gemuruh tu tak ada langsung.heee...seronok sangat kenangan tu.Tapi bila part 6 ada je lelaki dan mereka sangat pandai.

Ok skip semester 5 sebab masa tu zaman kejatuhan ayu,down yang teramat sangat sampai give up nak belajar.Nasib baik boleh berfikir lagi.Dah, pegi terus ke sem 6 dimana ayu dah jadi final year student.Tapi tak adalah senior sangat sebab junior pun macam haram betul.Betul2 busy bila jadi final year student ni, macam2 presentation assignment dan kerja2 sampingan lain yang kena settle kan.Tidur tak cukup dah jadi perkara biasa dah,eyebag tebal gila,mata sembab muka macam tak siap pegi kelas,tapi makan still cukup hah.jadikan semua tu kenangan manis dalam hidup ayu sebenarnya sebab semua kenangan tu ayu tempuh dengan kawan2 yang sangat memahami.Merekalah yang banyak memberi semangat sebenarnya.Nak berkenalan dengan dorang tak????JOMMM


masa dinner part berapa ntah..lupa dah.Asal serabai gila pegi dinner macam ni hah???
hahaaaaa...dah edit pun still serabai..aku la tu


masa dinner persida sem 6 baru2 ni...maniskan semua.sebelah ayu tulah shila.shila we love u till the end,kau lah kawan aku masa baru2 masuk uitm.banyak jugak benda2 baru yang kau ajar aku.kau suka bawak aku jalan2 dulu..kau pun suka bergaya kan.thanx shila.jangan lupakan aku,zulaikha and peja tau.nanti reunion jangan lupa invite aku sekali.kecik hati aku karang kau tak ajak.
muahmuahmuahmuahhhhhh flying kiss


sorry hodoh sangat aku edit gmbar ni..korang terimalah seadanya ye.kenangan kita dalam bas kuning ni tau.
Nani,Ayu,Peja,Billa,Zulaikha
tapi zati tak ada pulak
korang pun jangan lupakan kenangan kita semua bersama.
susah dan senang kita pernah lalui sebelum ni.(ececehhh padahal lain)

nani:" kalau ada jodoh kita jumpa lagi..tu pun if kita dapat belajar sama lagi.kalau tak, kau jaga diri baik2.cari kawan macam kiteorg lagi and jangan byk mimpi tau.nanti aku jalan2 tganu kau guide aku ye.
sayang kau nani."
 peja:"kau mesti dapat belajar dekat shah alam tu,kau jangan jadi gedik lagi tau.umur kau dah 21 tahun and cari kawan sebaik kiteorg..heeee.kekalkan kepandaian kau tu.
sayang peja"
billa:"kau memang brutal kadang2 billa,lepas ni kalau kau dengan ami...boleh aku jadi pengapit kau tak???hahaaa..mengamuk la kau kan aku tulis macam ni.tak kesahh pun.kau satu johor dengan aku,aku harap kita tak lost contact ye.
sayang billa"
zulaikha:"zu kau jangan lupa aku ni fashion designer kau.aku doakan kau bahagia dengan iskandar .tapi kau jangan jadi gangster pulak..takutttttt aku nanti.banyak kenangan aku dgn kau.jangan nagis tau.
sayang leyka."
zati:"tak ada dalam gambar tapi jap lagi ayu letak tau zati.zati ddk shah alam baik2 ye..semoga bahagia dengan papa and jgn lupa plan kita nk jalan sama..hahaaa.zati kawan yang baik,tapi jangan blur sangat tau zati.penat ayuuu..heeee
sayang zati."


T_T sedihnyaaaaaaaaaa...maafkan aku kalau lepas ni aku pegi jauh dari korang..touching ayat aku kan.
aku nak belajar dekat korea,serius ni tau...zulaikha nanti kau smabung study dkt oversea jgn lupa bgtau aku.aku hntar kau dekat KLIA.


 every moment we are togather
our friendship are forever
love u guys...


created by